Realiti
Subuh Masa Kini
Subuh..
Sayup-sayup kedengaran laungan azan tatkala hening pagi, laungan
mengajak manusia untuk menunaikan solat itu sungguh merdu sekali.
Namun, kemerduan suara itu seolah-olah mendodoikan aku yang sedang
lena diulit mimpi. Aku sedar, aku dengar, aku tahu itu azan, laungan
memanggilku menunaikan solat. Tapi, Dwi gabungan pakatan kejahatan,
syaitan dan nafsu terlebih dahulu memekakkan telingaku, disumbatnya
rongga telinga itu dengan bisikan-bisikan jijik, "Alangkah
enaknya kalau kau teruskan tidurmu itu wahai manusia.. Tidurlah.. Kau
penat bekerja disiang hari, berhempas pulas berusaha untuk mencari
sesuap nasi.. Apa salahnya kau berehat sedikit?"
Biasa
dengar alasan ini? Bukankah ini alasan kalian juga wahai saudaraku?
Usah tipulah. Aku manusia. Kau juga manusia. Punyai kawan bernama
syaitan.. Punyai hati bersalut nafsu. Tewas muslim itu pagi ini.
Syaitan bukan setakat bertepuk tangan, bersorak, menari, berguling,
ketawa meraikan kecemerlangan mereka. Usaha mereka membuahkan hasil.
Muslim tadi kembali menarik kulit babi yang tadinya terselak sedikit.
"Biarlah.. Aku penatlah hari ini.."
Disatu
tempat yang lain, sayup-sayup kedengaran laungan azan tatkala hening
pagi, laungan mengajak manusia untuk menunaikan solat itu sungguh
merdu sekali. Kemerduan itu bagaikan hembusan yang amat kuat menerpa
telingaku. Aku sedar, aku dengar, aku tahu itu azan, laungan
memanggilku menunaikan solat. Lalu, aku bingkas bangkit.
Digosok-gosok mata ini. Terkebil-kebil ke kiri. Terkebil-kebil ke
kanan. Alhamdulillah. Syukur. Allah tiupkan roh ku kembali pada
tubuhku. Lenguh rasanya badan ini. Sengal di sini. Sengal di sana.
Penatnya seharian berkerja semalam masih tak hilang lagi. Pakatan
tanpa senjata itu muncul lagi, Syaitan memulakan rutinnya seperti
biasa. "Dah tahu penat tu tidur jelah. Rehatkan dirimu dulu
wahai manusia. Badanmu lenguh, penatmu masih belum hilang lagi.
Tidurlah dulu. Kemudian bangunlah semula." Arggghh! Nafsu
tidurku membuas lagi. Mengantuknyaa. Biarlah. Aku impikan ganjaran 27
kali ganda itu. Aku impikan melalui titian sirat sepantas kilat.
Telapak kaki ini mencecah ke lantai simen yang sejuk. Burrr.
Dinginnya. Ahh. Pedulikan! Menujulah aku kerumah Allah yang satu.


0 comments: